
Suatu hari 3 orang tentera bersama2 dengan seorang jeneral pulang dari satu peperangan. Si jeneral mengarahkan ketiga-tiga tentera tersebut menuju kesebuah gua untuk berteduh. Sesampainya digua tersebut, jeneral tersebut mengerahkan kesemuanya masuk kedalam gua tersebut. Keadaan gelap yang amat sangat dalam gua tersebut menyebabkan masing2 tidak nampak, malah hidung masing2 pun tak nampak.
Dalam keadaan letih baru balik berperang, tiba-tiba jeneral tentera berkata “Wahai tentera-tentera, didalam gua ini ada suatu benda yang jika kamu ambil BANYAK kamu akan RUGI, kalau kamu ambil SEDIKIT kamu akan RUGI, kamu tidak mengambil satu pun kamu akan RUGI”. Masing2 tentera terfikir apakah benda yang dikatakan oleh jeneral mereka. Masa berada di gua tersebut makin singkat sebab cuma singgah untuk bermalam.
Tentera 1 berkata dalam hati “Kalau ambil banyak RUGI, ambil sikit RUGI dan tidak ambil langsung pun RUGI. Baik ambil banyak2, beg sandang tentera pun masih banyak ruang. Maka penuhlah beg tentera 1, tidak cukup dengan itu dimasukkannya dalam poket2 yang ada di badan. Tentera 2 pula hanya mengambil sedikit kerana pada hematnya, " Ambil banyak RUGI pastu berat pula. Kalau tidak ambil pun RUGI, baik ambil sedikit manalah tahu benda2 tersebut penting. Paling kurang ada juga sedikit". Lain dengan tentera 3, dalam hati dia berbisik"Kalau ambil banyak RUGI, sedikit pun RUGI, baik tidak payah ambil terus lagi senang. Tidak perlu bawa barang tambahan, memenatkan sahaja lagipun kecederaan pun masih belum sembuh lagi".
Si jeneral tidak membenarkan benda yang di ambil dilihat sebelum sampai ke destinasi terakhir. Pagi keesokan mereka pulang tanpa melihat apa yang diambil dalam gua tersebut. Dipendekkan cerita sampai di destinasi terakhir, si jeneral menyuruh ketiga-tiga tentera tersebut melihat beg masing2 apa yang telah mereka ambil dalam gua semalam.
Semua terkejut, didapati kilauan batu permata yang indah. Tentera 1 berkata “Alangkan baiknya kalau semalam aku ambik lagi banyak penuhkan ruang yang ada dibadanku”. Tentera 2 bila melihat tentera 1 ambil intan permata yang banyak, dia berkata “Untunglah kamu ambil banyak, aku ambik sedikit sahaja, jika aku tahu, ambil segenggam lagi pun tidak mengapa. Apa yang aku ada sekarang sedikit sangat”. Tentera 3 terdiam kelu, terasa rugi sangat kerana satu batu permata pun tidak di bawa pulang walhal, masih banyak ruang yang boleh dipenuhi.
Kisah ini adalah tamsilan untuk kehidupan akan datang. Di akhirat sana, bila di zahirkan apa yang diperolehi dari kebaikan dan amalan baik di dunia. Tiada satu manusia pun yang tidak rasa RUGI. Yang banyak amalan pun rasa rugi, yang sedikit amalan pun rasa rugi, apatah lagi yang tiada amalan baik di dunia. Lebih2 lagi akan rasa rugi dan menyesal.
Didunia setiap amalan baik dikira walaupun kecil dan ganjaranya sangat besar.
Setitis air mata takutkan Allah….akan dikira
Selangkah ke Masjid …akan dikira
Sedekah sebiji tamar …..akan dikira
Satu zikir….akan dikira
Satu saat untuk perkara kebaikan…..akan dikira
Diakhirat tiada masa untuk amalan, tempat pembalasan.
Selautan tangisan …..tak bermakna..
Bergunung sedekah …..tak bermakna
Setiap saat berzikir…..tak bermakna

