
Suatu hari seorang ahli fikir termenung memikirkan sesuatu untuk dijadikan iktibar dalam hidup. Sambil sedang berfikir, terpandang 2 ekor ulat beluncas yang seakan2 sama dan agak sukar dibezakan dari segi bentuk fizikalnya. Ulat tersebut berada pada pohon yang sama dan masing2 sibuk memakan daun walaupun pada dahan yang berbeza. Pada satu ketika dilihat kedua2 ulat tersebut berhenti pada satu dahan dan sibuk membina kepompong masing2. Si ahli fikir ambil keputusan untuk pulang tanpa memikirkan sangat tentang kedua2 kepompong tersebut.Selang beberapa hari datang lagi Si ahli fikir di tempat yang sama dan terpandang lagi pada kedua2 kepompong tersebut. Secara kebetulan, kepompong pertama terbuka, dilihatnya satu ekor rama2 yang cantik dengan sayap yang berwarna-warni dan indah sekali. Tempat pertama yang di hinggap oleh rama2 tersebut ialah sekuntum bunga ros merah sesuai dengan kecantikan rama2 tersebut. Dan dinikmatinya manisan dari bunga tersebut.Kepompong kedua masih tertutup, namun Si ahli fakir masih menunggu sehinngalah malam menjelma. Lalu dihidupkan unggun api untuk menjelaskan pemerhatiannya kepada kepompong kedua. Selepas solat magrib, penantiannya berakhir. Kepompong kedua tebuka, namun hasilnya tidak sama seperti disiang hari. Yang keluar dari kepompong kedua bukan rama2 tetapi kupu2. Warnanya pudar dan kusam tidak seindah rama2. Maka berterbanganlah kupu2 tadi dengan aktif sekali. Namun tempat pertama yang dikelilingi oleh kupu2 tadi ialah unggun api. Paling malang, bukan setakat mengelilingi unggun api tersebut, malah kupu2 tersebut menjunam terus ke dalam unggun api. Lalu Si ahli fikir tersebut menangis, dimindanya terkenangkan orang2 yang disayangainya, Ibu, Ayah, Isteri, anak2, sahabat handai.Maka dia berkata dalam hatinya“ Begini agaknya kehidupan aku di Dunia. Ramai orang yang aku sayang di dunia ini. Ibu dan Ayah yang mendidikku tanpa jemu sampai dewasa. Isteri dan anak2 yang menghiburkan aku dikala sunyi dan sedih. Sahabat handai yang selalu menhiburkan hati dengan gelagat dan jenaka. Aku makan bersama mereka didunia. Kesenanganku dikongsi bersama. Aku kuatir selepas hayatku didunia, aku tidak ditemukan dengan mereka2 yang aku sayang didunia. Mungkin berkat amalan baik org yang aku sayang, kesudahan mereka seperti rama2. Dapat merasai keindahan dan kenikmatan syurga. Dan aku mungkin seperti kesudahan Kupu2 tadi. Sudah pasti akan berpisah buat selama-lamanya. Walaupun zahir di dunia kelihatan sama. Makan bersama, gembira sedih bersama. Namun selepas kehidupan didunia, kehidupan di alam akhirat yang kekal abadi berbeza bergantung dengan amalan baik di dunia. Ya Allah satukanlah orang2 yang aku sayang didunia bersamaku di dalam syurgaMu. Maafkan kesalahan2 ku dan kesalahan org2 yang aku sayang“.

No comments:
Post a Comment