Wednesday, July 9, 2008

TIN SARDIN


Hari ini hari minggu, aku macam pelajar2 lain juga kalau bab memasak memang tak suka. Kalau boleh bangun jer dari tido makanan dah siap kat atas meja macam masa kecik2 dulu. Sekarang mana nak dapat? Terpaksa la..menyelongkar apa2 yang ada kat dapur tuh…Emmm…maggi dah habis…Tinggal sardine jer satu tin. Kira cukup untuk hari ini…tengahari dan malam..jimat2. Fuh.. nasib baik expired date sardine tuh hari nih. Kena habiskan cepat2 nih klu tak rugi. Aku memang jenis..klu makanan bertin yang dah expired…aku buang terus takut sakit perut. Walaupun aku tahu..aderr gak member2 aku yang pulun gak walaupun dah expired seminggu. Biasalah..klu buang rugi pulak.Jadi nampak gayanyer, hari nie kena cari bekalan sardine baru. Klu tak minggu2 akan datang…mati kutu aku nak cari resepi untuk masak. Biasanya aku pergi kedai Pak Aji sebelah rumah aku…situ harga sardine mahal sikit, berbanding ngan kedai taukeh cina kat hujung kampong. Tapi tak mengapa klu mahal setakat 10-20 sen kira ok aa..boleh bantu bangsa sendiri. Kat kedai pak aji, klu beli sardine…perkara yang paling aku perhatikan ialah expired date. Kalau boleh cari expired date yang paling lama. Klu ader yang 10 tahun..pasti tu yang akan aku beli..tapi setakat nie maner ader orang jual sardine camtuh. Emm..sardin cap ABC expired date 4 bulan lagi..emm..tak mau2…cari yang lame sikit…ha…cap Ayam nie…lamer sikit setahun lagi..Dah tentu yang nie jadi pilihan aku. Sambil perhatikan expired date…..rupa2nya ada satu lagi tarikh kat tin tu yang aku jarang perhatikan iaitu manufactured date. Manufactured date nie mungkin ader kepentingannya…tapi bagi aku manufactured date tak penting…yang penting sardine nih tahan lama. Lagi lama lagi bagus…takyah pegi kedai banyak2 kali.Pak Aji memang selalu kenekan aku. “Mat…punya lama membelek….sardin jer beli?”. “Biasa aa…Pak Aji tengok expired date sardine nih he..he”. “ Haa..Pak Aji nak tanya engkau satu nih…pasal expired date gak ler…..klu engkau pandaila….Ha..aper jenis tin yang orang tak selalu tengok expired date? Tapi orang lebih suka tengok manufactured date”. Lama gak aku pikir, time tu takde customer..so..takper aa..duk layan lamer sikit ngan Pak Aji tuh kat kaunter. “He..he..Pak Aji kat sekolah bab tu kitaorang belum belajar lagi la…Pak Aji bagitau la jawapan dia…klu Pak Aji pandai …he..he”. “Ish..engko nih..malas sungguh nak pikir..Haa…tu la TIN KEHIDUPAN”jawab Pak Aji. “TIN KEHIDUPAN?”jawab aku. Dalam fikiran aku, mesti Pak Aji nih reka sendiri, teka teki camtu.Dalam perjalanan pulang terpikir gak apa maksud TIN KEHIDUPAN tu…A' ah betul juga tu..dalam KEHIDUPAN jarang sangat orang tengok atau ingat pasal expired date (hari kematian)…Biasanya orang tengok manufactured date (Hari Jadi)..termasuklah aku he..he..Pernah juga aku terdengar hadis nabi yang menyatakan orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati maut. Mungkin tu…message yang Pak Aji tu nak bagitau kat aku agaknya. Takpe la..Pak Aji….pasal kehidupan, aku akan lebih berhati-hati pasal expired date aku, berbanding dengan manufactured date. Tapi kat kedai Pak Aji, expired date tetap jadi keutamaan he..he..Tapi klu tahu expired date tentang kehidupan aku, gerun juga rasanya. Mana tak gerunnyer klu expired date tinggal seminggu jer lagi….ish takut..amalan tak banyak…dosa banyak..tak sempat nih. Klu sardine tu…boleh gak buat aper yang patut..settle. Tapi yang pasti…memang aku dan orang lain sekeliling aku memang telah ditetapkan expired date masing2…..Cuma tak pasti bila. Tapi yang pasti…jumlah hari sebelum expired date tu…makin berkurang hari demi hari..hari demi hari…Malang kalau aku lupa tentang expired date aku….dan lebih ingat tentang manufactured date. Padahal Manufactured date aku..merupakan suatu tarikh yang sudah berlalu.

No comments: